Friday 16 January 2009

Home loan, Bankers Cheque dan Tips Lelong...

huh.. hari ni aku gi tabung haji kuar duit untuk buat bankers cheque 5% drpd harga rumah lelong... arghhh!... duit tabung haji ni adalah duit bulan2 yang mak aku bagi... sedih jer bila nak kena kuar pulak.. xpe.. mudah2an duit ni berkat.. aminn.. nak beli umah first untuk investment lah kata kan.. dapat return besok.. kita bagi lah dia tiap2 bulan balik.. besarr pahalanya... hehehhe

so lepas wat bankers cheque... trus aku call member skola aku yang kije kat cimb... kebetulan pulak dia jaga bahagian home loan... apa lagi? ambik kesempatan lahh.. hehehe.. bila lagi nak perguna kawan (ish3.. nanti aku bagila komisen sket.. saksi 25%)... heheheee

so, aku tanya la dia berkenaan rumah yang aku nak bid ni.. brape yang aku layak utk loan.. apa yang aku perlu bawak masa submit nanti.. bape market price.. mintak senarai lawyer panel yang bagus2.. terms & conditions dan hal2 lain yang tak sepatutnya aku tanya... hehe...

borak punya borak.. tetiba dia ada terbagitau valuer2 yang ok.. kebetulan pulak.. valuer tu member skola jugakk.. hah! bertambah2 lah network aku dalam bidang property nie.. apa lagi.. dengan cargas nya aku call mamat tu tanya market price... dan ternyata.. memang harganya lebih kurang tu jugak.. (ntah2 member cimb aku ni pun call mamat ni jugak.. cehh.. tawakkal jerla)..

begitulah ceritanyaa..... hehehe... ni lah antara tips2 yang dia bagi...

1) sebelum membeli harta berkenaan, buatlah carian hak milik secara rasmi di pejabat tanah terbabit, lawati harta berkenaan dan pergi ke pejabat pemaju untuk mendapatkan maklumat selanjutnya

2) Berhubung dengan pelelong untuk pengisytiharan jualan lelong dan dapatkan nasihat lanjut daripada peguam untuk mendapatkan segala maklumat

3) Selain itu, anda mungkin wajar meninjau sendiri hartanah itu dan mengambil gambar harta berkenaan dan datang di tempat lelongan pada masa yang ditetapkan

4) Pada hari lelongan, pembida diwajibkan membawa bersama 10% atau 5% (bergantung pada syarat pelelong) daripada harga rizab harta berkenaan, sama ada dalam bentuk bank draf atau tunai. Cek tidak diterima.

5) Pembida perlu membawa kad pengenalan asal dan dua salinan.

6) Jika menjadi wakil, kedua-dua kad pengenalan asal dan surat kuasa yang membenarkan dia menjadi wakil untuk mendapatkan lelongan perlu dibawa.

7) Jika hartanah itu berstatus Bumiputera, hanya golongan itu boleh menyertainya lelongan.

8) Wakil juga mesti membawa sedikit wang tambahan untuk membayar antara 10% harga perbezaan pembelian dengan 10% harga rizab (kena tambah) dan tandatangan jualan kontrak

No comments:

Post a Comment